Pemandu maut digilis haulier

Pemandu maut digilis haulier

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemandu pengangkut barangan atau haulier maut selepas digilis kenderaan itu di sebuah syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 11.07 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa tempatan melintas jalan di kawasan berkenaan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, siasatan awal mendapati mangsa digilis oleh pemandu haulier lain yang melawan arus ketika sedang melintas jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berjalan melintas jalan menuju ke kawasan booth untuk mengambil slip transaksi. Pada waktu itu, sebuah haulier lain memandu melawan arus untuk meletakkan kenderaan lebih dekat dengan booth.

“Haulier itu melanggar dan menggilis mangsa yang kebetulan melintasi bahagian depan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, JKKP mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu di lokasi kejadian sehingga siasatan selesai.

“Dua notis perbaikan turut dikeluarkan atas kegagalan pihak majikan mengadakan kawalan pergerakan kenderaan dan laluan pejalan kaki di kawasan booth.

“Selain itu, ia melibatkan kegagalan mengadakan latihan refresher berkaitan peraturan trafik di pelabuhan kepada semua pemandu haulier,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman maksimum sebanyak RM500,000, jika sabit kesalahan.

“Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap majikan jika didapati berlaku pelanggaran terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN