Kanak-kanak jatuh alami kecederaan parah di kepala

Kanak-kanak terjatuh dari tingkat lapan alami kecederaan parah di kepala

Kanak-kanak terjatuh
SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah blok dekat Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari tingkat lapan rumahnya di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku dekat Blok J pangsapuri berkenaan ketika ibu mangsa sedang menghantar anak keduanya ke rumah pengasuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan mendapati, pada masa kejadian, bapa kanak-kanak berusia empat tahun itu berada di tempat kerja, manakala ibu mangsa keluar dari rumah untuk menghantar anak kedua.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap rumahnya di tingkat lapan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia di ketika berada di sana.

ADS:D

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat jatuh dari tempat tinggi,” jelasnya.

Justeru, katanya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanan.

“Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000.

“Polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian itu supaya hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN