KLUANG: Nurhamiza Abdul Hamid, 40, merayu bantuan orang ramai bagi mendapatkan pakaian seragam dan kelengkapan persekolahan untuk empat anaknya selepas rumah mereka di Taman Matahari di sini, terbakar Isnin lalu. Nurhamiza berkata, anak-anaknya sudah dua hari tidak ke sekolah kerana semua kelengkapan rosak akibat tragedi yang berlaku kira-kira pukul 9.37 malam. “Kami sekeluarga tinggal bersebelahan rumah yang menjadi punca kebakaran. Walaupun rumah kami tidak terbakar sepenuhnya, namun bomba terpaksa menyembur air ke bahagian atas rumah untuk mengawal api menyebabkan semua kelengkapan persekolahan anak-anak musnah,” katanya kepada Utusan Malaysia. Nurhamiza berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya