Separuh badan hancur, nahas motosikal berkuasa tinggi

Separuh badan hancur, nahas motosikal berkuasa tinggi

MOHD. FIRDAUS Md. Ramli (gambar kecil) maut di lokasi kejadian selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat nahas dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 213.2 PLUS arah selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Melaka Tengah maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat nahas dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 213.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Firdaus Md. Ramli, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian perut dan kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha MT-09 Tracer dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti. Mangsa yang terjatuh kemudian telah dilanggar oleh kenderaan tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, separuh anggota badan mangsa hancur daripada bahagian perut hingga kaki. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Tambah Ashari, polis sedang mengesan saksi bebas yang melihat kejadian manakala enderaan terlibat akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN