ALOR GAJAH: Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Telok Gong, Masjid Tanah di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 petang itu, mangsa, Syakirul Farha Mohd. Redhuan, 21, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Seorang lagi mangsa, Muhammad Firdaus Suroto, 19, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC cedera pada bahagian muka dan patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang maut sedang dalam perjalanan ke tempat kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya