Bas berhenti mengejut, pemuda maut sehari sebelum perkahwinan kakak

Bas berhenti mengejut, pemuda maut sehari sebelum perkahwinan kakak

MUHAMMAD AIZAD Khairil Anwar (gambar kecil) maut dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Satu Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekerja pusat mencuci kenderaan menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah bas yang berhenti mengejut di Jalan Satu Krubong di sini, semalam.

Lebih menyedihkan apabila mangsa, Muhammad Aizad Khairil Anwar, 20, meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan kakaknya yang dikatakan berlangsung hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda RS-X dalam perjalanan dari Krubong Perdana menghala ke Tangga Batu.

“Setiba di lokasi, sebuah bas henti-henti tiba-tiba memperlahankan kenderaan untuk berhenti di bahu jalan, mangsa gagal mengelak dan merempuh bahagian belakang bas.

“Akibat kemalangan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya.

Semalam, tular satu klip video berkaitan insiden, memaparkan orang ramai memarahi pemandu bas yang didakwa berhenti di lokasi tidak sepatutnya.

Tambah Christopher, pemandu bas hanya menyedari kemalangan setelah mendengar bunyi dentuman kuat dari belakang.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN