Guru Pasti maut, langgar jalan berlubang

Guru Pasti maut, langgar jalan berlubang

LUBANG pada jalan dipercayai dilanggar mangsa di Jalan Gapam-Bemban, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Malang tidak berbau buat seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) berusia 32 tahun yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dipercayai akibat melanggar jalan berlubang di Jalan Gapam-Bemban di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi, mangsa, Siti Sarah Mohamed Nuwawi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

SITI SARAH MOHAMED NUWAWI

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Bemban menuju ke Gapam.

“Apabila tiba di lokasi, mangsa dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan di permukaan jalan lalu menyebabkannya terbabas.

“Mangsa terjatuh dan mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Melaka pada pukul 4.20 petang semalam,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ahmad Jamil, saksi awam yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan memandangkan lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN