Anggota bomba parah, motosikal rempuh pacuan empat roda

Anggota bomba parah, motosikal rempuh pacuan empat roda

KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Padang Kerbau, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang anggota bomba parah selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Izzat Muhaimin Araham Shah, 26, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng mengalami kecederaan dalaman dan patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Bukit Tambun Perdana menghala ke Pekan Durian Tunggal.

“Setibanya di lokasi nahas, mangsa telah melanggar bahagian hadapan sebelah sisi kiri sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang datang dari arah Alor Gajah. Kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai sedang membuat pusingan ke kanan arah Jalan Haji Salehuddin.

“Akibat pelanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ashari, siasatan di lokasi nahas mendapati kejadian berlaku di jalan dua lorong dua hala dan tiada kesan geseran, tayar dan serpihan komponen ditemui.

“Di tempat kejadian juga tiada kamera litar tertutup (CCTV). Kenderaan terlibat ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan kenderaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN