Maut dilanggar ketika melintas

Maut dilanggar ketika melintas

KEMALANGAN melibatkan pejalan kaki dengan sebuah kereta di Jalan Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pejalan kaki menemui ajal selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dato’ Dol Said di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa, K. Silvaraju, 54, maut di tempat kejadian berikutan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan anggota badan.

Beliau berkata, insiden berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi apabila mangsa yang dipercayai hendak melintas dari arah kiri Jalan Klinik Kesihatan Alor Gajah dirempuh sebuah kereta Proton X70.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, pemandu kereta dari rumahnya di Kampung Paku Kelemak hendak ke tempat kerja di Bandar Enstek, Seremban, Negeri Sembilan.

“Pejalan kaki pula dipercayai hendak melintas Jalan Klinik Kesihatan Alor Gajah. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu di lorong kanan jalan telah melanggar mangsa yang sedang melintas.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa terjatuh di lorong kanan jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Arshad, pemandu kereta berusia 57 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. Kenderaan terlibat akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan kenderaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN