Waris pemuda maut jatuh parit terima pencen penakat

Waris pemuda maut jatuh parit terima pencen penakat

NGWE Hee Sem (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada waris Haiqal Iman Mohd. Shahruddin Abdul Qayyum di kediaman mereka di Taman Saujana Indah, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pencen penakat berjumlah RM332.50 kepada waris Haiqal Iman Mohd. Shahruddin Abdul Qayyum, 21, mangsa kemalangan maut yang terjatuh ke dalam parit di Jalan Bukit Katil di sini, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, semakan Perkeso mendapati ibu mangsa, Lenny Mariana Imbron, 40, layak menerima pencen penakat setiap bulan untuk seumur hidupnya.

Kata beliau, faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 turut dibayar kepada keluarga Allahyarham.

“Hasil lawatan Skuad Prihatin Perkeso Melaka mendapati Haiqal Iman Mohd. Shahruddin masih mempunyai ibu. Waris juga layak mendapat faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

“Mangsa yang bekerja di kedai serbaneka di Bukit Beruang merupakan ketua keluarga yang menanggung ibunya selepas kematian bapa pada 26 November tahun lalu. Arwah merupakan anak tunggal serta masih bujang semasa kematian,” katanya kepada pemberita selepas melawat waris mangsa di kediaman mereka di Taman Saujana Indah, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Ir. Ismail Abd. Rahman.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Haiqal Iman Mohd. Shahruddin maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Katil, kira-kira pukul 6.30 pagi 4 Januari lalu.

Insiden membabitkan tiga buah motosikal itu dipercayai berpunca daripada tindakan orang awam mengalihkan kon penghadang jalan yang diletakkan kontraktor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya