SMK Munshi Abdullah laksana penggiliran, PdPR

SMK Munshi Abdullah laksana penggiliran, PdPR

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam di sini melakukan sesi penggiliran serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), berikutan kerosakan hampir keseluruhan di tujuh blok akibat dibadai angin kuat, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia akan melibatkan pelajar tingkatan satu hingga empat.

Katanya, sesi pembelajaran secara bersemuka hanya melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam yang berhadapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Kejadian ribut yang melanda SMK Munshi Abdullah telah menyebabkan banyak kerosakan kecil di beberapa blok, bangunan utama sekolah pula didapati terjejas teruk dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melakukan penilaian serta pembaikan.

“Susulan itu pelajar tingkatan satu, dua, tiga dan empat akan meneruskan pembelajaran secara penggiliran dan PdPR, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa (bersemuka) bagi tingkatan lima dan enam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.40 petang Sabtu lalu, hampir keseluruhan tujuh blok sekolah itu mengalami kerosakan dibadai angin kuat yang dikatakan seperti puting beliung.

Paling teruk apabila kesemua bumbung di blok C yang menempatkan lapan kelas, satu bilik guru dan pejabat tercabut sehingga menampakkan rangka kayu siling.

Tambah Rahmad, untuk minggu ini, pembelajaran secara bersemuka melibatkan pelajar tingkatan empat, lima dan enam.

“Kaedah pembelajaran yang dilakukan secara penggiliran dan keberkesanan langkah tersebut akan diteliti. Untuk minggu ini yang hadir bersemuka pelajar tingkatan empat, lima dan enam. Tingkatan satu, dua tiga dari rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN