Pemandu maut, bas ekspres rempuh treler muatan besi

Pemandu maut, bas ekspres rempuh treler muatan besi

SEBUAH bas ekspres merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 220.7 PLUS arah utara berhampiran Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera selepas bas ekspres dari Singapura itu merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 220.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Pemandu bas, Zainuddin Jaidun, 49, maut di lokasi kejadian manakala enam yang lain cedera termasuk tiga daripada mangsa mengalami patah kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Terminal Bas Seremban, Negeri Sembilan.

“Setiba di lokasi bas berkenaan telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan besi dari Melaka ke Rawang, Selangor di lorong pertama.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu bas mengalami kecederaan parah dah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam penumpang turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Rembau dan Hospital Seremban,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Arshad, enam penumpang terlibat berusia antara 28 hingga 35 tahun dengan seorang daripadanya merupakan warga Singapura.

“Nahas berlaku di jalan tiga lorong, lurus dan mendaki bukit, manakala cuaca baik tetapi keadaan gelap kerana laluan itu tidak berlampu.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN