Pelajar tingkatan empat maut gagal potong lori tangki

Pelajar tingkatan empat maut gagal potong lori tangki

MUHAMMAD HABIL AMMAR Mohd. Haidhir (gambar kecil) maut di lokasi kejadian selepas terlibat nahas membabitkan tiga motosikal di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gagal memotong sebuah lori tangki, seorang pelajar tingkatan empat menemui ajal selepas terlibat nahas membabitkan tiga motosikal di Jalan Paya Luboh, Bukit Rambai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila mangsa, Muhammad Habil Ammar Mohd. Haidhir, 16, dan rakannya masing-masing menunggang motosikal jenis Honda RS150R cuba memotong lori berkenaan dari arah Bukit Rambai ke Tangga Batu.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Azry Akhmal Azhim Afaruzi, 17, mengalami patah bahu kiri dan luka-luka.

“Motosikal si mati dipercayai telah hilang kawalan lalu bergesel dengan motosikal rakannya.

“Mangsa kemudian merempuh sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan jenis Honda EX5 yang ditunggang seorang operator kilang berusia 19 tahun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai tidak mempunyai lesen memandu, selain motosikal ditunggangnya telah tamat cukai jalan pada Mac 2022.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua pelajar itu dikatakan ingin ke Tangga Batu untuk berjumpa dengan rakan mereka. Operator kilang yang dirempuh juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalannya telah tamat tempoh pada Oktober 2017,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN