5.3 hektar ladang sawit di Merlimau terbakar

5.3 hektar ladang sawit di Merlimau terbakar, operasi pemadaman masih berjalan

LADANG kelapa sawit berhampiran Kampung Seri Mendapat, Merlimau, Melaka yang terbakar sejak petang semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kira-kira 90 peratus daripada 5.3 hektar kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Seri Mendapat, Merlimau di sini yang terbakar sejak petang semalam berjaya dipadamkan setakat pukul 11 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Mohd. Sukur Md. Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.04 petang dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Katanya, seramai 12 anggota dari BBP Merlimau dibantu BBP Jasin bersama jentera dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati telah berlaku kebakaran ladang sawit. Kebakaran melibatkan tanah pertanian yang ditanam kelapa sawit seluas 5.3 hektar.

“Kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran untuk memadam sisa-sisa kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Sukur, setakat ini kira-kira 90 peratus atau 4.8 hektar kawasan kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi pemadaman masih berjalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN