Warga emas rempuh stesen minyak di Bukit Rambai

Warga emas rempuh stesen minyak di Bukit Rambai

KEADAAN kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang warga emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Malang tidak berbau buat pengusaha sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai di sini, apabila tidak sampai setahun premis itu sekali lagi dirempuh kereta.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang semalam, kereta jenis Hyundai Sonata dipandu seorang warga emas berusia 69 tahun bersama dua cucunya merempuh kedai serbaneka di stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum insiden pemandu terlibat baharu sahaja selesai mengisi minyak dan ketika ingin meneruskan perjalanan, pelaku dikatakan tertekan pedal minyak semasa memasuki gear.

“Warga emas itu telah menekan pedal minyak semasa memasuki gear D, lalu terbabas merempuh kedai serbaneka di stesen minyak tersebut.

“Akibat kemalangan, pemandu yang merupakan pesawah dan dua cucunya berumur 12 dan 13 tahun mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

KERETA jenis Hyundai Sonata dipandu seorang warga emas yang merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka.

Sebelum ini, pada 19 Julai 2022, Utusan Malaysia melaporkan, stesen minyak sama dirempuh sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun, dipercayai secara tidak sengaja tertekan pedal minyak.

Kereta berkenaan bergerak laju, lantas merempuh tiga cermin stesen minyak itu serta merosakkan beberapa barangan jualan seperti beras, makanan kucing dan beberapa produk lain.

Tambah Christopher, nahas telah dilaporkan oleh pengurus stesen minyak berusia 51 tahun dan kejadian tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam.

“Mujur ketika kejadian tiada pelanggan yang berada dalam kedai serbaneka tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya