Tujuh pesilat nyaris maut, kereta dipandu guru langgar lori

Tujuh pesilat nyaris maut, kereta dipandu guru langgar lori

KEADAAN Proton Exora dinaiki kesemua mangsa yang remuk pada bahagian hadapan selepas terlibat nahas di Kilometer 221 PLUS arah selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Malang tidak berbau buat tujuh pesilat dari Johor selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki yang dipandu guru mereka melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 221 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang berusia 16 hingga 36 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan pada anggota badan, meskipun bahagian hadapan Proton Exora terlibat remuk akibat perlanggaran.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, insiden dipercayai berlaku ketika pasukan Kelab Silat Olahraga Ledang Tangkak itu dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menyertai pertandingan silat di Ara Damansara, Selangor.

Jelasnya, setibanya di lokasi MPV dipandu guru berkenaan telah melanggar bahagian belakang lori yang belum dapat dipastikan maklumatnya.

“Ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di lorong paling kiri dan telah melanggar belakang sebuah lori yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan kerana kenderaan itu tidak berhenti, sebaliknya meneruskan perjalanan.

“Semua penumpang sedang tidur semasa kejadian dan telah dibawa ke Hospital Alor Gajah oleh ambulans dan kenderaan orang awam yang membantu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Arshad, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana faktor gagal mengawal kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya