Warga emas maut langgar lampu isyarat

Warga emas maut langgar lampu isyarat

KERETA dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat, dalam kejadian di Jalan Kota Syahbandar, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas berusia 85 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat, dalam kejadian di Jalan Kota Syahbandar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 4.50 petang ketika mangsa, Tho Chye Sin yang datang dari arah Kota Laksamana sedang dalam perjalanan menuju ke kedai makan.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di sebelah kiri jalan berhadapan sebuah hotel.

“Akibat kesan terbabas sendiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. Mayat telah di bawa ke Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian.

“Borang permintaan pemeriksaan mayat (POL 61) telah dikeluarkan bagi menjalani bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.