Tiga penumpang tersepit, van langgar belakang lori

Tiga penumpang tersepit, van langgar belakang lori

KEADAAN van jenis Toyota Hiace yang remuk pada bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 207 PLUS arah selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seramai tiga penumpang sebuah van jenis Toyota Hiace tersepit dalam kenderaan berkenaan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 207 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Alor Gajah di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Asnizam Kamberon berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi, van dinaiki kesemua mangsa didapati telah melanggar belakang sebuah lori sehingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu remuk.

Beliau berkata, setakat pukul 3 petang tadi, operasi mengeluarkan mangsa dengan kekuatan 12 anggota masih dijalankan berikutan keadaan van yang terjejas teruk akibat pelanggaran.

“Bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.20 petang, didapati telah berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah van dengan sebuah lori.

“Terdapat tiga mangsa tersepit dalam van, operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan pasukan bomba,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya