MELAKA: “Pada hari kelima, ibu ada terdengar suara mirip Edrin memanggil dari halaman rumah. Dia bergegas keluar, namun tiada sesiapa. Hati ibu mana yang tidak sedih, namun dia reda jika itu ketentuan takdir”. Itu luahan keluarga kepada anggota Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan di sini pada 7 Februari lalu. Meskipun perit, mereka reda dengan apa juga ketentuan takdir sama ada Lans Koperal Edrin…











