Pelbagai agensi bantu cari komando lemas di Pulau Undan

Pelbagai agensi bantu cari komando lemas di Pulau Undan

ANGGOTA SAR melakukan operasi untuk mencari seorang anggota Tentera Darat yang dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Melaka. -UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sektor pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua melibatkan seorang anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25, yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di sini meliputi keluasan 1,040 kilometer persegi.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pangkalan hadapan carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pulau Besar hari ini menggantikan pusat SAR di Pengkalan Pernu pada hari pertama.

ISKANDAR Ishak bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di pusat SAR di Pengkalan Pernu, Jasin, Melaka. – SYAFEEQ AHMAD

Beliau berkata, operasi SAR hari kedua diteruskan bermula pukul 8 pagi tadi dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sembilan aset pelbagai agensi seperti pesawat Dolphin daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bot kevlar, bot taktikal, pesawat King Air dan RH 22.

“APMM menerima maklumat insiden seorang anggota Tentera Darat yang dipercayai hilang sewaktu menjalani latihan selam di kedudukan 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan, petang semalam.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru, Johor telah mengaktifkan SAR pada pukul 5.15 petang semalam dan bot Benteng 04 serta bot Petir 83 ke lokasi kejadian. Bagaimanapun tiada sebarang penemuan ditemui. PHC telah ditubuhkan di Pulau Besar hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di Pulau Undan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

EDRIN DAINTIN

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, mangsa sedang menjalani kursus juru selam semasa kejadian.

Difahamkan, mangsa yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor hilang dalam keadaan memakai pakaian kursus serta peralatan menyelam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.