Mayat terdampar di Sungai Melaka

Mayat ditemukan terapung di Sungai Melaka

MAYAT lelaki ditemukan terapung di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki ditemukan maut terapung di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini hari ini.

Mayat mangsa, Lim Tee Siang, 38, dijumpai oleh seorang pemandu bot Melaka River Cruise kira-kira pukul 11.25 pagi tadi dalam keadaan berpakaian lengkap.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemeriksaan awal pada tubuh badan si mati mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

Beliau berkata, semasa membuat pengecaman ke atas mayat mangsa, bapa si mati memaklumkan bahawa anaknya adalah orang kurang upaya (OKU) dan mengalami masalah mental.

“Saksi seorang pekerja awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengatakan, lebih kurang pukul 11 pagi semasa sedang bertugas membersihkan kawasan sekitar. Dia telah melihat si mati berjalan di kaki lima sungai berseorangan dan tidak menghiraukannya.

“Pada pukul 11.25 pagi, polis dimaklumkan oleh seorang pemandu bot mengatakan telah menjumpai mayat lelaki terapung dalam sungai.

“Mangsa dijumpai terapung, muka tertangkup di permukaan air, hanyut di tepi Sungai Melaka dalam keadaan berpakaian lengkap. Berbaju dan berseluar serta masih berselipar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

LIM TEE SIANG

Tambah Christopher, difahamkan mangsa baru sehari keluar dari Hospital Melaka setelah mendapatkan rawatan mental.

“Bapanya juga memaklumkan lokasi si mati ditemui adalah lebih kurang 100 meter dari restoran bapanya.

“Pada pagi kejadian, si mati berada di restorannya dan kemudian keluar bersiar di tepi sungai. Bapanya tidak mengesyaki apa-apa perbuatan jenayah berlaku ke atas anaknya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.