Lori ayam terbalik di lebuh raya

Lori ayam terbalik di lebuh raya

SEBUAH lori ayam terbabas lalu terbalik di Kilometer 222.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebuah lori membawa muatan ayam hidup terbabas di Kilometer 222.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Alor Gajah di sini, lalu terbalik dan menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 10 kilometer, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kesesakan berlaku susulan lorong kiri dan tengah terhalang dengan lori berkenaan yang melintangi laluan.

Katanya, hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku selepas tayar belakang kiri lori itu pecah lalu menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu lori berusia 44 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori yang membawa muatan ayam hidup itu kemudian telah terbalik di lorong kiri dan tengah, menyebabkan berlakunya kesesakan trafik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.