Komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan

Komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan

BOMBA masih melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Pulau Undan, Merlimau, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Merlimau di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, mangsa, Edrin Daintin, 25, berpangkat lans koperal sedang menjalani kursus juru selam semasa kejadian.

Beliau berkata, setakat pukul 8 malam tadi, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan BBP Melaka Tengah.

EDRIN DAINTIN

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun ialah anggota tentera unit komando telah lemas.

“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juru selam di kawasan perairan Pulau Undan.

“Operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Merlimau dan BBP Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya