Aset TLDM digerakkan cari komando lemas

Aset TLDM digerakkan cari komando lemas

ANGGOTA SAR sedang melakukan operasi mengesan seorang anggota Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Aset dan khidmat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan hari ini yang juga hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25, yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ini berikutan operasi meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi itu telah melepasi tempoh 36 jam tanpa sebarang petunjuk.

“Operasi SAR hari ini akan diteruskan dengan penambahan bantuan daripada TLDM. Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga telah memaklumkan kejadian ini kepada rakan sejawat mereka di Indonesia untuk memberi perhatian di perairan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, hari ketiga operasi SAR seorang anggota Tentera Darat yang dikhuatiri lemas disambung semula pukul 7 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, sektor pencarian mangsa meliputi kawasan seluas 1,040 kilometer persegi itu belum menemukan sebarang petunjuk.

Katanya, Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya telah memaklumkan kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia bagi membantu operasi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya