Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja

Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja

KERETA jenis Proton Waja yang merempuh mangsa sebelum pemandu dan dua penumpang melarikan diri dalam kejadian di Jalan Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja maut diseret sejauh 200 meter apabila motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Klebang berhampiran stesen minyak Shell di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Afiq Danish Abd. Aziz, 14, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Tan Kok Som, 41, mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi sewaktu kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Pantai Klebang dari arah Bandaraya Melaka.

Menurutnya, sewaktu motosikal itu hendak membelok ke stesen minyak, sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki datang dari arah sama merempuh mereka.

“Remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan kini berada di Zon Merah Hospital Melaka.

“Pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan pula telah menghilangkan diri sejurus kemalangan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fahmi Rahim, 41, berkata, sebelum kejadian Muhammad Afiq Danish memasang khemah untuk majlis kenduri rumah jiran di belakang rumahnya di Kampung Tengah, Klebang Besar.

“Selepas memasang khemah dia menaiki motosikal yang ditunggang Kok Som yang juga kawan baik kepada abang sepupu Muhammad Afiq Danish kerana hendak membeli makanan di Pantai Klebang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.