Bapa patah kaki, tiga sekeluarga dihempap pokok di Zoo Melaka

Bapa patah kaki, tiga sekeluarga dihempap pokok di Zoo Melaka

LOKASI pokok tumbang berhampiran kawasan pameran harimau di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga sekeluarga nyaris maut selepas dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, si bapa berusia 43 tahun mengalami patah kaki kanan manakala isteri dan anak lelakinya berumur enam tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu berada di kawasan pameran harimau.

Ujarnya, kesemua mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.

“Kawasan tersebut telah dibersihkan dan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat oleh pihak Zoo Melaka serta agensi berkaitan. Sebelum itu mereka sekeluarga menaiki kenderaan disediakan pihak zoo untuk bersiar-siar melihat pameran haiwan pada pukul 2.05 petang.

“Sebaik tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mereka menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman memaklumkan, segala keperluan ketiga-tiga mangsa yang terlibat telah diuruskan sewajarnya termasuk hal berkaitan perubatan dan penghantaran pulang ke rumah.

Beliau berkata, tragedi itu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang mana hujan lebat berterusan melanda seluruh negeri ini semalam.

“Kita percaya kejadian ini berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan pokok menjadi berat.

“Jadi bila adanya angin yang meniup, pokok itu tumbang, dia bukannya patah tengah tetapi tumbang dari bawah. Kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan termasuk cantasan pokok-pokok yang berada dalam kawasan zoo,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.