HULU SELANGOR: Identiti kesemua 23 mangsa yang maut dalam tragedi runtuhan di tiga tapak di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini, belum dapat dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Suffian Abdullah berkata, ini kerana mereka yang terkorban ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa semalam itu semuanya tiada dokumen.
“Sekarang mereka Hospital Sungai Buloh dan sedang mencari waris mangsa yang hilang untuk membuat pengecaman,” katanya kepada pemberita di sini.
Sehubungan itu, beliau meminta waris untuk membuat proses pengecaman dengan segera.
Terbaharu, dua lagi mangsa ditemukan dalam perasi mencari dan menyelamat setakat pukul 1.30 petang ini. – UTUSAN










