MPHS arah tapak perkhemahan, rekreasi dikosong serta-merta

MPHS arah tapak perkhemahan, rekreasi dikosong serta-merta

ANGGOTA  bomba meninjau lokasi tanah runtuh dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland, Hulu Selangor, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan 25 notis pengosongan tapak perkhemahan dan rekreasi di seluruh kawasan seliaannya berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut dikeluarkan khusus buat tapak kawasan berdekatan cerun dan berisiko tinggi berlakunya kejadian yang sama seperti di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini.

Yang Dipertua MPHS, Mohd. Hasry Nor Mohd. berkata, tindakan itu selaras dengan arahan yang dikeluarkan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, semalam.

“Kira telah mengeluarkan 25 notis kepada pengusaha tapak perkhemahan yang berisiko dan bercerun di sekitar Hulu Selangor.

“Terdapat tapak yang tidak berlesen namun dalam proses pemutihan, kita dalam proses memutihkan kesemua ini mengikut SOP perlesenan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Semalam, Kor Ming  mengeluarkan arahan kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengosongkan tapak perkemahan berisiko tinggi selama tujuh hari, berkuat kuasa pagi semalam.

Arahan tersebut merupakan langkah bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini berulang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN