Mayat mangsa mula dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh

Tragedi tanah runtuh: Mayat mangsa mula dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh

MAYAT mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh oleh van jenazah untuk persemadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mayat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor, dekat sini mula dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh. 

Walaupun tidak diketahui identitinya, ia menjadi mayat pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik sejak disahkan meninggal dunia pagi ini.

Mayat pertama dibawa keluar pada 4.20 petang oleh van jenazah Xiao En Memorial yang dipercayai dihantar ke pusat persemadian di ibu negara.

Ketika keluar dari pekarangan hospital, van itu dipercayai turut membawa waris mangsa.

Sebuah lagi van jenazah dari Nirvana Care Sdn. Bhd. membawa keluar mayat kedua pada 4.40 petang. 

Dua lagi van jenazah turut bersedia untuk membawa keluar mayat dari Jabatan Forensik. 

Sementara itu, keluarga kepada mangsa bernama Nurul Azmani difahamkan sudah tiba beberapa minit lalu namun akan mengambil masa untuk keluar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN