Pemandu maut, seorang parah dua lori bertembung - Utusan Malaysia

Pemandu maut, seorang parah dua lori bertembung

ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sitiawan - Teluk Intan semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang pemandu maut manakala seorang lagi parah apabila lori yang dipandu masing-masing bertembung di Jalan Teluk Intan – Sitiawan dekat Lekir, semalam.

Pemandu lori tanpa muatan berusia 30-an didapati meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori muatan tanah berusia 31 tahun cedera parah, dan kelindan lori muatan kosong pula dilaporkan cedera dan dipercayai dibawa orang ramai ke Hospital Seri Manjung (HSM).

Lori tanpa muatan itu dari arah Teluk Intan manakala lori muatan tanah dari arah Sitiawan dengan kedua-dua pemandu tersepit di tempat duduk masing-masing dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Razlan Demyati berkata,  sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kedua-dua lori bertembung dengan kedua-dua pemandu masih tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Anggota kemudian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, mangsa yang maut diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang parah dihantar ke HSM untuk menerima rawatan susulan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN