Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan

MOHD. Khalid Omar menunjukkan tempat kejadian tiga anaknya disengat tebuan di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini. UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak meninggal dunia manakala dua kakaknya dirawat di hospital akibat disengat tebuan dalam kejadian di hadapan rumah datuk mereka di Kampung Tok Jembal di sini, semalam.

Kejadian malang itu berlaku pada pukul 5.40 petang ketika tiga beradik itu, Eidrish Mohd. Khalid, 5, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, sedang bermain di sebuah padang sebelum terkena sengatan tebuan yang dipercayai bersarang di pelantar jeti terbiar berdekatan.

Bagaimanapun, Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 11.20 malam semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, di sini kira-kira 10 pagi hari ini.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Khalid Omar, 40, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk pulang ke Ipoh sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan.

“Anak sulung, Nur Adelya tiba-tiba datang memaklumkan mereka disengat tebuan dan ketika saya tiba di situ, saya lihat badan seluruh badan arwah dihinggapi tebuan serta dalam keadaan lemah.

“Tanpa berfikir panjang saya terus memeluk arwah sehingga saya juga disengat tebuan dan mangsa kemudian dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga sebelum disahkan meninggal dunia.

“Doktor memberitahu terdapat lebih 60 kesan sengatan tebuan pada badan arwah manakala dua lagi kakaknya kini sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Khalid, dua lagi anak serta isterinya berada di dalam rumah bersiap untuk memulakan perjalanan balik ke Ipoh selepas tiba di Terengganu, Sabtu lalu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya