Meninggal dunia ketika main badminton - Utusan Malaysia

Meninggal dunia ketika main badminton

KEADAAN lelaki yang meninggal dunia setelah rebah ketika bermain badminton di Taman Raja Idris di Taiping semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING:  Seorang lelaki meninggal dunia setelah rebah ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Asam, Taman Raja Idris di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.50 malam.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian sukan terbaring di lantai gelanggang badminton.

“Lelaki berkenaan dikenali Lim Thian Meng berusia 47 tahun dan temu bual dengan rakannya memberitahu pada kira-kira pukul 8.30 malam, lelaki itu sedang bermain badminton secara regu bersama rakannya.

“Lelaki itu dikatakan tunduk mengambil bulu tangkis dan memberikannya kepada rakan regunya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. 

“Seorang pemain yang berada di tempat kejadian menghubungi Hospital Taiping dan pemeriksaan oleh petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Osman, temubual dengan ahli keluarga mengesahkan lelaki yang meninggal dunia itu itu menghidap penyakit darah tinggi dan mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Taiping. Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya