Insiden tanah mendap adalah kejadian kali kedua - Utusan Malaysia

Insiden tanah mendap adalah kejadian kali kedua

LIMA buah kenderaan awam yang rosak akibat dalam kejadian tanah mendap dan runtuhan berhampiran longkang pada petang semalam di deretan kedai Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN : Kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana dekat sini semalam merupakan kali kedua berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar, kejadian seumpamanya pernah berlaku pada tahun 2017 di berhampiran lokasi yang sama.

“Ini merupakan kejadian kali kedua yang berlaku di kawasan ini membabitkan tanah mendap dan pihak kami memandang serius perkara tersebut. Kita akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Laporan lengkap mengenainya akan disiapkan sebaik sahaja kajian mengenai kejadian ini dapat dilakukan sepenuhnya,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, A.Anbalagan berkata, kejadian tanah mendap kali pertama berlaku di kawasan berkenaan adalah dalam skala kecil.

Kata beliau, namun kejadian semalam agak teruk memandangkan keadaan hujan sehingga terdapat pergerakan tanah.

“Sehubungan itu,kerja-kerja pemulihan itu dijangka akan mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan.

“Jadi kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan kepada pemilik premis untuk hentikan operasi sehingga kami dapat pastikan keadaan telah kembali selamat,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN