Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih - Utusan Malaysia

Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya hari ini dengan penutupan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, kedua-dua PPS yang menempatkan seramai 137 mangsa itu ditutup mulai pukul 12 tengah hari ini.

“Kesemua 69 penghuni PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di samping 68 lagi di Dewan Orang Ramai Kampung Shukur dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, semua jawatan kuasa di peringkat daerah masih dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sekretariat itu berkata, keadaan cuaca semasa kini masih mendung dan berangin.

Banjir gelombang ketiga melanda Terengganu selama lima hari sejak Khamis lalu.

Terdahulu, gelombang pertama bencana itu berlaku dari 2 hingga 6 Disember disusuli gelombang kedua dari 17 hingga 21 Disember lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN