[VIDEO] Pembantu kedai terlambung atas bumbung dibawa turun bomba - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pembantu kedai terlambung atas bumbung dibawa turun bomba

TANGKAP layar rakaman video seorang pembantu kedai yang cedera parah dan dibawa turun oleh anggota bomba setelah motosikal yang ditungggangnya bertembung dengan sebuah kereta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rakaman video pemuda yang dibawa turun dari bumbung sebuah bengkel selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta.

PETALING JAYA: Tular video seorang pembantu kedai yang cedera parah dibawa turun oleh anggota bomba dari bumbung sebuah bengkel setelah terlambung gara-gara motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Permatang Piah-Kampung Kolam, Pak Badol di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 11.45 pagi dan mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, dilaporkan patah paha kiri dan tangan kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan mendapati, semasa kejadian sebuah kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan dari Melor menghala ke Kampung Tasek Pauh, Selising di Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan sebelum dirempuh kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa melambung ke atas bumbung sebuah bengkel di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shuhaimi, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk rawatan.

Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan terhadap pemandu kereta, namun berlaku pergelutan.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu menemui dadah dipercayai heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda bernilai RM3,020
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod kes dadah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN