10 termasuk sembilan beranak maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

10 termasuk sembilan beranak maut dalam kemalangan

ANGGOTA bomba melakukan aktiviti menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang menimpa apabila seorang ibu serta lapan anaknya maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta di kawasan rehat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini tengah malam tadi.

Kesemua mangsa dipercayai menaiki kereta Proton Wira yang dipercayai terperosok dalam sebuah treler.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.

“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada pihak polis.

“Kira-kira 17 individu mangsa terlibat. Seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya