Jumlah mangsa banjir di Kedah catat penurunan  - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Kedah catat penurunan 

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah semakin menurun selepas keadaan cuaca semakin baik hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan setelah hanya pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling sahaja yang masih dibuka setelah keadaan banjir semakin pulih hari ini.

 

Kesemua PPS yang dibuka di daerah Sik, Kulim dan Padang Terap telah ditutup sejak semalam.

 

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, seramai 352 orang daripada 121 keluarga masih berada di 14 PPS di daerah Baling.

 

Menurutnya, sebanyak 14 PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan SK Tunku Putra, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, SK Parit Panjang, Kampung Padang di Kupang, SK Mohd. Ariff Abdullah, SK Tembak A dan SK Jemarli.

 

“Dua buah PPS mencatat jumlah mangsa banjir yang ramai iaitu SK Titi Gantung yang menempatkan seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga dan Dewan Banggol Derom yang juga mempunyai seramai 44 mangsa daripada 10 keluarga,” katanya.

 

Menurutnya, jumlah mangsa di PPS di daerah Baling itu dijangka berkurangan sekiranya keadaan cuaca baik dan tidak hujan hari ini.

 

“Jumlah mangsa banjir tertinggi yang dicatatkan adalah semalam yang melibatkan 380 mangsa daripada 131 keluarga melibatkan 17 PPS di tiga daerah iaitu Kulim, Baling dan Sik,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya