Penganggur maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Penganggur maut motosikal rempuh kereta

KEADAAN motosikal SM Sport dan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Gaung-Teris berhampiran Kampung Padang Setengge, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang penganggur maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kenderaan di Kilometer 1, Jalan Gaung-Teris berhampiran Kampung Padang Setengge, Kuala Berang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Shamsul Azman Sidek, 36, dari Kampung Padang Setengge meninggal dunia ketika menerima rawatan di  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila motosikal jenis SM Sport ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika di tempat kejadian.

“Motosikal Shamsul Azman kemudian memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Myvi di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di bahagian kepala manakala pemandu Perodua Myvi yang merupakan seorang guru, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Adli, Shamsul Azman yang tidak bekerja kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu untuk dirawat sebelum dirujuk ke HSNZ.

Katanya, mangsa bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.10 malam ketika menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya