fbpx

26 Oktober 2020, 5:14 pm

  TERKINI

Bekas guru bunuh diri terjun bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas guru sekolah swasta yang mengalami masalah kemurungan dipercayai bunuh diri dengan terjun bangunan dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Tampoi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, wanita itu berusia 26 tahun ditemukan mati oleh petugas keselamatan yang melihat satu badan terbaring di tingkat bawah premis kejadian.

Katanya lagi, maklumat lanjut pihak polis mendapati mangsa pernah menerima rawatan psikiatri kerana masalah kemurungan dialaminya pada sebelum ini.

“Pada pukul 12.55 tengah hari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima panggilan berkenaan kejadian seorang perempuan ditemukan mati dipercayai terjatuh dari bangunan.

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menjalankan siasatan sebaik tiba di tempat kejadian dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rupiah, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan akan diteruskan oleh pihaknya termasuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pihaknya di talian 075563122,” katanya. – UTUSAN