Letupan di Lubnan: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Utusan Malaysia

Letupan di Lubnan: Tiada rakyat Malaysia terlibat

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia kini dilaporkan dalam keadaan selamat daripada  letupan dahsyat yang berlaku di Beirut, Lubnan petang semalam.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua rakyat Malaysia di nasihatkan kekal berada di kediaman masing-masing.

“Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat  Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini. Insya Allah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya.

“Laporan awal dari Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di sana selamat dan telah dinasihatkan agar kekal berada di rumah masing-masing,” katanya menerusi  laman Facebook miliknya hari ini.

Hishammuddin berkata,  Malaysia turut berkongsi sedih berhubung kejadian terbabit dan bersedia membantu Lubnan mengikut kemampuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan puluhan terbunuh manakala lebih 2,000 lagi cedera.

Kesan letupan itu juga menyebabkan beberapa bangunan di sekitar kawasan pelabuhan dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.