Penunggang motosikal maut langgar kucing lintas jalan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar kucing lintas jalan

MOHAMAD AZAM WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor kucing yang melintas jalan di Jalan Sultan Abdul Halim di Pekan Baling, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa, Mohamad Azam Wahab, 27, yang bekerja di sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. 

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Pekan Baling menghala Bulatan Sultan Abdul Halim.

“Mangsa dipercayai terlanggar kucing yang sedang melintas jalan sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pasu bunga di atas batu pembahagi jalan di tengah-tengah laluan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kata beliau, mangsa yang berasal dari Guar Chempedak terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkita Jalan 1987,” ujarnya.

Kucing yang dilanggar mangsa turut ditemui mati di lokasi kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya