PRN Johor: Sen Sern diumum calon pertama PKR, pertahan kerusi DUN Bukit Batu - Utusan Malaysia

PRN Johor: Sen Sern diumum calon pertama PKR, pertahan kerusi DUN Bukit Batu

SAIFUDDIN NASUTION Ismail mengangkat tangan calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern yang akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Majlis Pelancaran Jentera PH DUN Bukit Batu di Flat Cengal, Taman Putri, Kulai disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Arthur Chiong Sen Sern diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR pertama yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu.

Pengumuman itu dilakukan Pengarah Pilihan Raya Bersama bagi PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas mendapat perkenan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution berkata, Sen Sern merupakan calon terbaik mempertahan kerusi yang dimenanginya pada PRN Johor yang lalu dan berupaya menyumbang kerusi kepada PH pada PRN ke-16 ini.

“Untuk makluman semua hadirin, Presiden PKR yang juga Pengerusi PH telah bersetuju untuk saya umumkan pada malam ini bahawa Arthur (Sen Sern) akan menjadi calon di Bukit Batu.

“Ini calon PKR pertama yang kita umumkan untuk bertanding, yang lain kita belum boleh umumkan lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PH DUN Bukit Batu di Flat Cengal, Taman Putri, di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Saifuddin Nasution mengingatkan Sern Sern untuk bersiap siaga dengan jenteranya untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan buat PH.

“Saya juga turut berjumpa dengan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching di pejabatnya untuk meminta jentera DAP membantu kempen calon daripada PKR ini, kemenangan Arthur adalah kemenangan untuk DAP dan juga Amanah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sern Sen menzahirkan rasa terima kasih setelah diberi peluang sekali lagi untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Batu buat penggal kedua dan beliau bertekad memastikan kerusi tersebut kekal milik PH.

“Saya berterima kasih kepada Presiden dan Naib Presiden PKR apabila memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Batu. Saya akan bawa jentera parti yang berbilang bangsa untuk turun berkempen di kawasan Bukit Batu bagi meyakinkan pengundi untuk memenangkan kerusi ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN