JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor tegaskan pihaknya tidak terkejut dan sudah jangka Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam waktu terdekat.
Sehubungan itu, pengumuman terdahulu bahawa akan ada Sidang DUN sehari pada 22 Jun depan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Dari awal lagi PH telah jangka BN akan membubarkan DUN dalam masa terdekat. Dan ternyata sidang DUN yang diumumkan akan berlaku pada 22 Jun nanti adalah ‘tidak masuk akal’ sama sekali.
“Namun, atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi pilihan raya ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN dilaksana dalam tempoh 60 hari akan datang.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut memberitahu, pimpinan PH negeri akan membawa perkara tersebut ke peringkat Majlis Presiden PH Pusat dalam waktu terdekat.
“Langkah ini bertujuan untuk merangka strategi dan langkah susulan.
“PH Johor tidak memandang ringan cabaran PRN kali ini dan komited untuk menggembleng seluruh jentera bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka,” katanya.










