DUN Johor tidak dibubar hari ini - Onn Hafiz - Utusan Malaysia

DUN Johor tidak dibubar hari ini – Onn Hafiz

Onn Hafiz Ghazi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan dilaksanakan dalam waktu terdekat seperti desas desus yang mula kedengaran, sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu sebaliknya berkata, masih terdapat banyak program dan inisiatif yang hendak dilakukan kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat seluruh Johor.

“Hari ini, dalam dewan yang mulia ini saya ingin umumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak akan dibubarkan hari ini. Jadi semua pihak boleh bertenang, jangan risaukan PRN.

“Sebaliknya semua wakil rakyat diminta untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk rakyat dan kawasan masing-masing,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Pada PRN Johor ke-15 yang diadakan Mac 2022, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) menang 12 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang tiga sementara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memenangi satu kerusi.

DUN Johor dijangka terbubar secara automatik padaApril tahun depan dengan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN