2,717,495 pengundi layak dalam PRN Johor - Saifuddin - Utusan Malaysia

2,717,495 pengundi layak dalam PRN Johor – Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah pengundi baharu di negeri ini meningkat sebanyak 100,920 pemilih, menjadikan keseluruhan pengundi di Johor seramai 2,717,495 pemilih yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, negeri ini juga memiliki sebanyak 1,114 daerah mengundi dengan 4,997 saluran.

“Kita perlu mempunyai semangat perjuangan yang baharu berikutan kemungkinan berlakunya PRN Johor dalam masa terdekat. Itulah sebab utama Konvensyen Pakatan Harapan 2026 ini diadakan di Johor.

“Untuk rekod, banyak pembangunan yang telah dilaksana kerajaan pusat termasuklah projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan juga Rapid Transit System Link (RTS Link),” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa rakyat Malaysia untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus mengemudi pentadbiran negara.

Katanya, adalah lebih baik meletakkan kepercayaan kepada Anwar berbanding mana-mana individu lain yang tidak berkemampuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara.

“Kalau kita rasa nak ubah Perdana Menteri, sekurang-kurangnya tunggu pilihan raya akan datang. Saya pun teringin jadi Perdana Menteri, Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan) susah sikit, saya masih ada harapan.

“Tetapi adalah lebih baik kita terus sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN