PETALING JAYA: Subsidi sedia ada yang diberikan kepada pesawah ketika ini dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos operasi semasa susulan kenaikan harga bahan api serta kos pengurusan lain. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pesawah padi menjadi kelompok paling terkesan ketika ini selepas kerajaan menaikkan harga diesel kepada RM4.72 seliter yang merupakan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Beliau berkata, pesawah kini berada dalam fasa kritikal apabila sebahagian daripada mereka…











