PETALING JAYA: Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyindir usaha dialog parti politik Melayu Islam yang diusahakan UMNO menunjukkan sikap sebenar Pas gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain semata-mata atas berbeza pandangan politik. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan tindakan itu membuktikan Pas tidak pernah berminat kepada masa depan Melayu dan Islam, sebaliknya hanya mementingkan politik sendiri “Ia jelas…










