KUALA SELANGOR: Pas didakwa menampilkan sikap yang berbeza-beza di hadapan khalayak tertentu demi meraih sokongan politik. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau mempertahankan kenyataannya terhadap kepimpinan Pas dan membidas parti Islam itu kerana sering mengeluarkan kenyataan tidak konsisten membabitkan isu babi. “Saya hendak jelaskan kemunafikan mereka. Bila serang kita menggila dan melulu, tetapi bila bertemu wartawan Cina mereka kata hendak buka ladang babi. Tetapi tak menafikan kemunafikan…










