KUALA LUMPUR: UMNO akan mengkaji semula kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya pentadbiran negara gagal diurus dengan baik dan garis merah yang dipersetujui dilanggar. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kekuatan UMNO dalam kerajaan tidak membawa sebarang makna sekiranya pentadbiran negara tidak diurus secara berhemah dan berkesan. Beliau berkata, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan bertujuan untuk bergabung secara membuta tuli dengan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan negara diurus…










