Hadi Awang calon sesuai ketuai PN – Shahidan

Hadi Awang calon sesuai ketuai PN – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan calon paling sesuai mengetuai Perikatan Nasional (PN) berbanding cadangan nama lain.

Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terserah kepada Abdul Hadi menentukan atau memilih siapa sahaja dalam kalangan Pas seperti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor;

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan mana-mana pemimpin lain.

Katanya, apa yang lebih penting selepas ini adalah bagi memastikan PN kembali kukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Calon sesuai ketuai PN, Tok Guru lah (Abdul Hadi). Namun siapa sahaja yang Abdul Hadi pilih, kita akan sokong. Kita adalah PN, untuk mengembalikan kekuatan memang terlebih dahulu berlaku ribut dan taufan.

“Selepas berlalu ribut dan taufan ini, kita akan nikmati keamanan dan PN akan bertambah kuat serta mantap,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, Pas memutuskan akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan itu.

Sehubungan itu, Abdul Ha­di berkata, PN akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memilih Pengerusi baharu dalam kalangan pemimpin Pas.

Kata Abdul Hadi, Pas sudah membuat keputusan mengambil alih kepemimpinan PN dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang disertai wakil gabungan tersebut termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun Ahli Parli­men Marang itu enggan men­dedahkan calon yang ba­kal diketengahkan Pas walaupun ramai yang layak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN